someone in "satu hari nanti"
Saturday, April 9, 2011
Friday, April 8, 2011
artikel yg menarik perhatian aku ~~~~
Sepanjang tempoh kita hidup, pasti banyak pengalaman yang kita lalui...
Adakalanya kita bersedih, adakalanya kita gembira, adakalanya kita sakit...
Dan pengalaman – pengalaman ini sedikit sebanyak akan mencetus kematangan dalam diri kita
Ya, kematangan.. Apa yang anda nampak tentang konsep “kematangan” ini?
Pengalaman yang mematangkan...
Saya sudah hidup selama 21 tahun. Anda sudah berapa lama?
Saya belum mengklasifikasikan saya sudah matang dalam tempoh ini, tetapi pelbagai pengalaman sudah saya tempuhi. Mungkin anda lebih tua dari saya, dan pengalaman anda lebih banyak daripada saya. Mungkin juga anda lebih muda, tetapi pengalaman anda dan kematangan anda melebihi saya.
Pengalaman – pengalaman ini secara automatiknya akan memandu kita berfikir jauh dan membuat keputusan yang terbaik dalam kehidupan.
Kadangkala, kita akan jatuh. Bukan sekali, malah berkali – kali. Tetapi ini bukan alasan untuk kita berputus asa. Ini adalah peluang untuk kita mencari setiap kelemahan yang berlaku dan memperbaikinya, sehingga kita muncul dengan lebih baik dari sebelumnya.
Ingat tak kisah Thomas Edison, manusia yang pertama mencipta mentol? Beliau telah menemui 1000 kegagalan dalam experimen – experimennya, sebelum berjaya menghasilkan sebiji mentol yang nilainya amat penting pada hari ini. Jelas, kita perlu menempuh kegagalan demi kegagalan dalam menimba pengalaman, seterusnya menghasilkan kematangan (kejayaan) kerana kita belajar dari kesilapan yang lalu. Nampak?
Kematangan yang kian pudar...
Jika kita perhatikan generasi muda pada waktu ini, sesungguhnya kita akan melihat betapa kematangan ini semakin pudar dan terbantut didalam remaja kita. Semuanya leka dengan hiburan dan keseronokan.
Masa dan waktu dibazirkan begitu sahaja. Tenaga dan kudrat tidak disalurkan pada tempat yang sepatutnya.
Kematangan yang telah pudar, membuatkan kurang yang merasakan tanggungjawab untuk mewarisi kepimpinan hari ini bagi melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.
Hakikatnya, perkara ini menggusarkan.
Sebab utama yang merencat kematangan adalah, kebanyakkan remaja kita “terperangkap dalam zon selesa.”
Ini membuatkan akal mereka tidak mampu berfikir di luar kotak kehidupan mereka.
Akhirnya, keselesaan ini yang mengabui mereka untuk berfikir panjang, dan menyedari bahawa satu hari nanti, akan tiba waktunya untuk mereka pula mengganti kepimpinan hari ini, dan menyediakan semua keselesaan seperti hari ini kepada anak-anak zaman hadapan pula.
Bilakah masa kita untuk bersedia memberikan yang terbaik sekiranya kita baru sedar ketika mendapat tanggungjawab nanti?
Kita kalah dengan generasi terdahulu
Di sinilah kita lihat perbezaan antara kita dengan kanak-kanak di zaman Rasulullah SAW dan zaman terdahulu sebelum kita.
Sebagai contoh, Usamah bin Zaid RA. Direkodkan bahawa ketika dia berumur 18 tahun, dia telah diangkat untuk menjadi seorang jeneral yang menggepalai tentera menentang Romawi. Lebih mengkagumkan, pada usianya 19 tahun, dia berjaya menewaskan Romawi dengan kejayaan.
Contoh yang lain lagi, adalah Muhammad Al-Fateh. Direkodkan bahawa ketika dia berumur 23 tahun, dia berjaya menumbangkan Konstantinopel. Direkodkan juga, dia pernah diangkat menjadi Sultan ketika berumur belasan tahun, apabila ayahnya, Sultan Murad mengambil keputusan meninggalkan kerajaan bagi menjadi ahli sufi.
Hal ini menyebabkan berlakunya kekacauan politik angkara orang-orang tua di dalam kerajaannya. Pada umur yang semua itu, dia berjaya memanggil ayahnya semula bagi memimpin kerajaan dengan kata-katanya yang bersulam kematangan yang amat masyhur di dalam sejarah:
“Wahai Ayahanda, sekiranya ayahanda masih merasakan bahawa ayahanda adalah Sultan bagi kerajaan ini, maka pulanglah. Sekiranya Ayahanda benar-benar telah menyerahkannya kepadaku untuk menguruskannya, maka dengan ini aku arahkan Ayahanda untuk pulang dan memimpin kerajaan ini!”
Dan di manakah kematangan kita hari ini jika hendak dibandingkan dengan mereka? Sepatutnya kita perhatikan dan memikirkannya.
Mari membentuk kematangan...
Tidakkah kita melihat kematangan itu suatu pemacu yang terpenting dalam kehidupan?
Kematanganlah yang akan menghalang kita membuat perkara yang sia – sia dalam kehidupan. Kematangan seharusnya bermula dari dalam setiap diri individu untuk memandu diri, seterusnya memandu masyarakat kearah pembentukan masyarakat madani, yang bebas dari unsur jahiliyyah yang merosakkan.
Kita seharusnya mengejar kematangan, bukan membiarkannya. Orang yang tidak matang akan sentiasa menjadi hamba dan akan terus tertipu sepanjang hayatnya.
marilah kita berfikir sejenak...
Sunday, April 3, 2011
roomatekuuu~~~=)
die sgt kelakar orgnyerr ... hahaha
tp ble time serius ,, kena fokus ... huhuhu
qin suke dgr nasihat dr anis ,,, sbb qin setuju dgn ape yg anis ckp ...
thanks ye anis ... hehehe ...
luv u ... mmuuuaaahhh ... =)
aku dh 20 tahun ??? !!!
18 januari 2011 ,,, genap umur aku 20 tahun ...
mcm x caye je ,,, haha
xtau nmpk mcm dh matang atau still mcm budak2 lg ... huhu
ape2pn aku sgt bersyukur,,,dh 20thn aku dpt hidup kt dunia ni ...
mcm x caye je ,,, haha
xtau nmpk mcm dh matang atau still mcm budak2 lg ... huhu
ape2pn aku sgt bersyukur,,,dh 20thn aku dpt hidup kt dunia ni ...
Thursday, September 2, 2010
a friend is someone who ....
always tells you the truth ...
cries with you ...
talks to you every day ...
helps you when you are in trouble ...
listens to your problem ...
respects you ...
accepts you the way you are ...
understands you ...
give you advices ...
keep your secrets ...
cares about you ...
always be by your side ...
cries with you ...
talks to you every day ...
helps you when you are in trouble ...
listens to your problem ...
respects you ...
accepts you the way you are ...
understands you ...
give you advices ...
keep your secrets ...
cares about you ...
always be by your side ...
my family ;)))
to my parents --> i'll make u proud of me ... mak n ayah lar org yg paling yue SAYANG dlm dunia ni ...
to my brother n sister --> "air yg dicincang xkn putus" ... luv u all !!! ;)))
hope our family will live happily ever after ...
Subscribe to:
Comments (Atom)
